JEMPUTAN KE SESI
DIALOG PERDANA INDUSTRI HALAL BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

YBhg.Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Halal Industry Development Corporation (HDC) akan menganjurkan Sesi Dialog Perdana Industri Halal bersempena dengan pembentukan Pelan Induk Industri Halal 2.0 (2018-2030). Ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas-maklumbalas berkaitan perancangan masa hadapan bagi industri halal negara. Antara program sampingan yang turut diadakan adalah termasuk sesi townhall dan bengkel-bengkel bersama peserta industri halal.

3. Bagi tujuan ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan HDC amat berbesar hati ingin menjemput YBhg.Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Sesi Dialog Perdana Industri Halal yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 11 September 2017 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

4. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara (Lampiran 1) dan borang maklumbalas kehadiran (Lampiran 2) untuk rujukan YBhg.Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan jua. Sebarang makluman kehadiran ke sesi tersebut boleh dilakukan selewat-lewatnya pada hari Rabu 6 Sepetmber 2017. Untuk pendaftaran atas talian, sila rujuk di bawah "Sila klik untuk PENDAFTARAN".

5. Di atas perhatian dan kerjasama YBhg.Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
'1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
'NEGARAKU, SEHATI & SEJIWA'

Yang benar
HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION

Our Apps are available on App store and Google Play!
Website
Twitter
Facebook
YouTube
This message was sent from refcenter@hdcglobal.com to refcenter@hdcglobal.com
5.02, Level 5, KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor 47800, Malaysia


Update Profile/Email Address | Forward Email